Tuesday, 11 June 2013

Gigi bongsu


                                    Gigi Bongsu

                salam pada semua kawan-kawan. saya nak konsikan pengalaman saya berkenaan gigi bongsu,tetapi perlu saya beritahu tentang fakta " gigi "Biasanya gigi susu akan mula tumbuh di bahagian hadapan samada atas atau bawah dahulu. Kemudian diikuti oleh gigi-gigi yang lain. Pada usia 12-24 bulan, gigi geraham atas dan bawah sebelah depan dan gigi taring akan tumbuh. Jumlah gigi susu adalah 20 batang dan pertumbuhan biasanya berhenti umumnya pada umur kanak-kanak 3 tahun. Kemudian satu persatu akan tanggal pada umur 6-7 tahun dan diganti dengan gigi kekal. Gigi kekal berjumlah 32 batang akan tumbuh satu persatu.
                
         
Orang dewasa ada 12 batang gigi geraham, terbahagi dalam empat kumpulan bertiga di belakang mulut. Gigi geraham yang ketiga dan paling belakang dalam setiap kumpulan ialah gigi bongsu yang tumbuh menembusi permukaan gusi sekitar usia 20 tahun.

Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.

            Disebabkan gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.
Gigi bongsu yang terhimpit itu juga dikenali sebagai "gigi bongsu tidur",ini kerana bentuknya yang sedang baring.Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.

  ok,bila gigi bongsu kita mula mengalami kesakitan akibat jangkitan kuman dan lama kelamaan gigi itu akan rosak.Pesakit disarankan untuk pergi mandapatkan rawatan di klinik pergigian bertujuan untuk mempastikan bahawa gigi itu masih boleh diselamatkan.Jika boleh... Doktor akan menampal gigi bongsu tersebut tetapi jika sebaliknya gigi bongsu tersebut terpaksa menjalani pembedahan kecil pada gigi bongsu.Doktor akan memberi tarikh yang sesuai 
untuk pembedahan kecil dijalankan.Satu taklimat ringkas berkenaan pembedahan dan apa akan jadi selepas pembedahan 

          Saya sarankan kepada pesakit supaya tidak perlu risau kerana kesakitan yang sedang dialami pada gigi bongsu sangat perit dan dari itu saya sarankan supaya dicabut gigi tersebut dan ikut nasihat Doktor.

          Bila tiba tarikh dan masa untuk pembedahan,pesakit haruslah dalam keadaan tenang...kalau boleh bawalah kawan yang boleh memberi ketenangan jiwa kerana pasti pesakit akan merasa gelisah dengan keadaan dan alat-alatan yang Doktor gunakan.Dengan cara ini pesakit akan melalui pembedahan dengan tenang.

      Sebelum pembedahan dijalankan,pesakit akan disuntik dengan ubat kebas disekeliling kawasan dan ubat kebas juga disapukan di permukaan muka bertujuan untuk mengurangkan kesakitan bila pembedahan dijalankan.Dalam masa 5 minit,lidah mula merasa kebas...Doktor mula menjalankan pembedahan dengan memotong sedikit kulit dekat gigi bongsu dan terus memotong gigi bongsu kepada 2 bahagian untuk memudahkan gigi bongsu di cabut keluar satu persatu.Setelah gigi tadi dibelah maka proses cabut gigi bongsu dijalankan.Lobang gigi tadi akan di cuci untuk mengelakan dari jangkitan kuman.Pada masa ini ,pesakit cuma akan merasa tekanan akibat cucian itu tadi...tak sakit pun kerana akibat ubat kebas itu tadi.Lubang gigi bongsu akan di jahit untuk mengalakan jangkitan kuman.

     Selesai pembedahan,Doktor akan memberi taklimat berkenaan dengan demam,bengkak,jangkitan kuman dan macam-macam lagi.Ubat cuma diberi untuk demam,ubat kumur-kumur dan tahan sakit.Jangan lupa untuk meminta ubat untuk hilangkan bengkak.

     Dirumah,pesakit disarankan supaya jangan berkumur terlalu kuat supaya jahitan tidak tercabut dan mengambil ubat tahan sakit.





















             Ubat kebas tadi akan hilang,pesakit disaran untuk banyak bersabar kerana kesakitan itu hanya 2-3 jam sahaja.saya sarankan agar memakan makanan yang lembut seperti bubur, biskut yang dicicah dengan air atau kentang putar.Pasal bengkak kat pipi....makan ubat untuk bengkak dan banyakan sabar,bengkak dipipi akan hilang dalam masa seminggu.....hemmm sabar ya

             Lupa nak beritahu tentang kos perubatan,kalau swasta hampir RM 3xx ... tapi kalau kerajaan cuma tak sampai RM 70 kerana masa mula pemeriksaan tak kena apa-apa,pemeriksaan kedua kena bawak RM50 (pembedahan)+ RM 5 untuk pendaftaran dan RM 5 lagi untuk pemeriksaan kali ketiga untuk buka tali jahitan.


  cerita-cerita seterusnya